Saturday, 27 June 2020

Sobella Lipmatte



ADA APA DENGAN SOBELLA LIPMATTE ?

Bagus sangat ke sampai orang gilakan setiap
edition baru yang keluar ??



Assalammualaikum, hai semua yang masih setia 
membaca tanpa jemu. 
Terima Kasih 

Untuk blog kali ni asma nak kongsikan sesuatu yang
 jarang jarang asma masukan cerita disini.
Siapa kat sini suka cantik ?

Semua orang suka kan nak cantik.

Sepanjang asma mula berjinak dengan kecantikan, lipmatte adalah salah satu
 bahan makeup yang jarang asma calit, boleh dikata kan asma tak suka lipmatte.
 Kenapa ?

Sebab pertama kali asma beli satu jenama lipmatte ni, tekstur sangat pekat,
 bagus lah kan pekat dan matte, tapi ada beberapa masaalah.

Bibir mudah kering
Sukar dicuci
Tekstur merekah

Korang misti pernah alami jugak untuk sesetengah jenama kan ?
Atau bahan bahan yang digunakan kurang sesuai buat kita.

Sampai lah asma cuba Lipmatte Sobella,masa tu edition 4.0 tak silap asma.
Calitan pertama dengan bau yang sedap.
tekstur lipmatte Sobella agak cair.

Risau jugak takut tak matte jadinya. Tapi tekstur dia sangat mudah dicalit 
dan warna mudah rata pada bibir walaupun agak cair.

Rupanya tekstur lipmatte ni lebih creamy untuk memudahkan kita calit keseluruh bibir. Bila dah siap calit, rasa kering memang ada sebab matte kan, tapi kesan kering tu tak membuat bibir rasa tak selesa atau merekah yang buruk tau tak.

Arhhhh im in love with Sobella masa tu.
Hari hari nak calit.

Dan asma yakin korang misti nak tanya,mudah dicuci atau tak ?
Lipmatte memang agak susah nak cuci dengan sekali lalu pakai tisu basah tu,
tekstur dia bukan macam lipstik biasa.

Tapi jangan risau, bawa je tisu basah,masa nak cuci letak tisu basah 
kat bibir dalam beberapa saat,bagi tekstur lipmatte tu kembang 
and wipe beberapa kali sampai bersih.

Lepas pakai bibir kering tau ? merekah tak ?
No !

Tu yang asma rasa selesa sangat dengan lipmatte Sobella nih, sampai
 asma kaji bahan bahan dia. Rupanya ada madu dan beberapa bahan 
lain yang memang membantu untuk jaga bibir kita yang manja nih.

Korang yang belum cuba lipmatte Sobella tu,boleh cepat cepat 
cari dan cuba InsyaAllah jatuh cinta macam asma.
Kalau nak senang klik terus link wsap kat bawah nih 

http://www.wasap.my/6011-10081982/Sobella

Sambil sambil tu meh asma belanja gambar lawa lawa okeh,kalau berkenan 
boleh risik risik atau pinang terus .


Ni antara edition terbaru tahun ni, "RAYA EDITION"



Boleh dikatakan semua Warna untuk edition Raya ni
Asma suka,Tapi the most fav adalah MAUVE.

Warna yang soft tapi still ada kick pink dan ala2 
pink belacan . Sapa ja yang tak suka kannn !




Contoh asma buat Full face dari Blush, Eye dan lips dengan
Lipmatte Sobella Code Mauve ni. Jimat weh korang hihi.

Dah terkenan ke nak cuba ??

hihi tengah racun korang untuk jadi SOBELLA LOVER nih..

Meh mehh, kilik sini tau.

http://www.wasap.my/6011-10081982/Sobella

Sampai sini dulu,nanti asma mai singgah sini lagi untuk meracuni korang hehe.. 
Love korang semua yang baca sampai sini.



Tuesday, 24 March 2020

Food Delivery ( PENGALAMAN PAHIT MANIS )






Pengalaman yang mengajar kita.

Tahun lepas adalah tahun yang agak mencabar buat kami. Tapi asma yakin setiap kesusahan pasti ada sebab,untuk mengajar erti kesabaran dan rasa bersyukur.

Asma buat keputusan untuk jual makanan secara online dan delivery.
Ni bukan pengalaman pertama asma menjual makanan tapi ini pengalaman terbaik.
Jualan pertama masa asma duduk di Bertam.

Tujuaan yang sama,untuk tambah pendapatan dan belajar 
dari pengalaman.

Sekarang asma menetap di tempat lain,asma teruskan tujuaan yang sama.
Kali ni menu yang lain sikit.

Antara menu yang asma "open oder" 

Salmon grill

Buttermilk chicken

Salad box

Wanpaku sandwish

Alhamdulillah banyak permintaan,memang asma sendiri tak sangka masa tu,oder boleh
 mencapai 70 pax sehari untuk asma masak.

Yes asma masak semua sendiri tapi dengan bantuaan Zaid (suami).
Urusan beli bahan masak kadang lepas settel penghantaran terus kami berkejar beli bahan.
duit rolling sebaik mungkin.

Kadang untung banyak kadang,seadanya sahaja.

Bahan bahan yang asma gunakan memang agak mahal,dan sepatutnya harga jualan
asma boleh tinggi kan sedikit untuk kaut untung lebih.
Tapi masa tu memang berserah janji ada untung walau sikit.

Boleh bayangkan nak beli bekas makanan pun mahal tau, nak guna bungkus
plastik mana sesuai kan untuk hidangan macam ni.

Ni masa asma tengah siapkan tempahan.
penuh meja.



Image may contain: food and text





Pengalaman bekerja dengan cepat.
Mengajar asma untuk lebih kuat mental dan fizikal.

Penat.

3am asma mula sediakan bahan bahan,sayur basuh dan potong.
Kami bahagi kerja .

Tidur pun masa tu boleh dikatakan tak cukup.
Mata panda.

Sambil masak sambil layan oder masuk.

Kucar kacir dapur nak siapkan semua masakan.
Tapi Alhamdulillah walaupun ada hari tu sampai asma cakap kat Zaid,
lutut asma sampai bergetar,nak berdiri tak boleh dah.

Lepas masak,bungkus siap kami terus hantar, YES hantar sendiri.
Merata sesat,merata kami hantar makanan.

Kadang sampai bergaduh laki bini,sebab sesat.

Kadang kalau oder yang dekat kami naik moto,
Panas Ya Allah...

Masa duduk belakang,kadang air mata ni menitis jugak.
Tak mudah nak cari rezeki.

Asma terbayang Ayah asma, hari hari pergi kerja.
Naik moto panas hujan dia tak pernah mengeluh untuk kami.

Ya Allah.. Terima Kasih.

Pengalaman ni buatkan asma lebih memahami jerih payah orang lain.
Orang yang pernah susah untuk suapkan makan pada kita.
Orang yang berpanas untuk kesenangan kita.



Image may contain: Asma Suhaimi, smiling, standing, tree and outdoor

Pengalaman ini jugak mengajar asma untuk menikmati setiap keindahan,nikmat
walaupun sekecil apa pun.

Kadang,asma terpikir. 

Kalau kami tak diuji macam ni,mungkin asma tak akan merasa nikmat ni.
Seronok ronda merata kenal ramai orang baru, customer jadi kawan.
Asma dan Zaid pun walau gaduh je keja, tapi kami tahu.
semua ni nikmat yang merapatkan kami.

Buat kami sedar, kami mampu hadap bila bersama.

Image may contain: one or more people

Masing masing penat.

Masing masing ada tugas sendiri.

Asma rasa zaid lagi penat, sebab kadang kalau bahan tak cukup masa asma tengah siapkan oder,
dia yang kena rempit kesana sini cari bahan.
Kadang kena marah dengan asma.

selalu kalau naik kereta,moto memang dia yang bawa,asma tolong tengok map,nak hantar merata
kadang kawasan yang memang kami tak pernah masuk.

Terima kasih,sebab jadi superman asma.

Semoga Allah selalu membalas setiap kebaikan mu.


Image may contain: food

Pengalaman dengan  customer.

Alhamdulillah sebenarnya boleh dikatakan hampir semuanya baik baik.
Yang sangat memahami.

Cuma dalam rialiti kehidupan semuanya tak akan sempurna kan.
Ada masa yang asma pun diuji untuk sabar pada rezeki.

Contohnya pengalaman dimana asma kena bersabar dengan sepenuh iman,
bila oder yang asma nak hantar terlewat 10 minit.
Dan customer terus batalkan oder.

Dan alasan yang diberi sangat tak patut.

Tapi asma anggap itu rezeki lain, kami laki bini dapat makan oder tu,
sedap lah kan makan salmon grill.

Banyak yang pahit tapi asma nak ajar diri asma untuk ambil semua
tu untuk dijadikan pengajaran dan kebaikan pada asma.

Asma niat,semua yang jadi, adalah pengalaman yang akan bawa asma
untuk lebih maju suatu hari nanti.

Terima kasih untuk customer yang sangat baik,
kadang sampai asma sendiri tak sangka.
Ada hati sebaik kalian.

Terima kasih .


Image may contain: food

Last oder sebelum kami diberi rezeki lain.
Asma buat wanpaku sandwish,masa ni tak ramai sempat merasa sebab 
asma terpaksa closed oder awal.

Resepi dan cara nak buat asma dah tulis kat sini

Kalau nak buat makan or nak buat jual pun boleh,sila ya..
Asma izinkan.

Doakan asma dilimpahi rezeki dan kesihatan ya.

Sampai sini dulu cerita.


.
.
.

STAY AT HOME & BACA BLOG okeh

Jaga kebersihan dan kesihatan semua ya.
Asma doakan semua pembaca blog asma diberi
kesihatan yang baik .