Assalammualaikum semua.
Alhamdulillah banyak nya mood menulis mai minggu nih.
So asma nak manfaatkan kerajinan ni dengan update beberapa resepi.
Pagi ni asma nak share resepi #WANPAKU SANDWICH yang asma buat baru baru ni untuk cari duit lebih.
Korang boleh cuba buat untuk makan makan kat ofis or dengan keluarga.
Kalau nak buat jual pun boleh asma halalkan semuanya.
Cara asma simple je kalau korang nak add on apa2 dalam resepi ikut lah.
Citarasa masing2.
Okeh jom mula !
W A N P A K U S A N D W I C H

Bahan -bahan.
ROTI

wajib ada roti lah ye.
Jenis apa pun boleh janji roti keping gini.
SAYUR -SAYURAN
Untuk sayur asma tak kata wajib guna itu ini,
korang boleh guna ikut citarasa masing2.
Ni antara yang asma guna ya.

ICEBERG LETTUCE

CARROT

KUBIS UNGGU
Kalau ikut wanpaku versi ori memang sayur digunakan dalam kuantiti yang banyak
bila asma buat asma kurangkan sikit ikut tekak orang kita hihi
Untuk inti nya boleh gunakan
TUNA
AYAM GRILL
/ REBUS
TELUR REBUS
SEBIJI
TELUR DAN MAYO.
Macam2 sebenarnya boleh jadikan inti ya.
Macam asma kata boleh ikut cita rasa.
Asma buat pun ikut bentuk rupa wanpaku.
Tak semistinya inti kita ikut sejibik ya hihi.
Be creative !
Untuk sos asma guna
Thousand island
Mayo biasa
===========================
Ini antara bahan wajib ada untuk balutan WANPAKU yang kemas.
kertas macam balut burger boleh cari yang plain or corak2
tak kisah janji boleh balut

Ini penting, untuk nak balut bagi semua bahan2 mampat dan rapat
gitu.
=======================================================
Ok bahan semua dah lengkap.
Asma share resepi ayam grill asma okeh.
Resepi simple tapi sure ketagih makan.
Ramai orang puji masa asma buat ayam grill nih.
Korang perlukan,
ISI AYAM
Asma guna bahagian dada dan potong panjang ye.
Bahan perapan
SERBUK CAJUN
SERBUK CILI
EMPING CILI
GARLIC POWDER
GULA MERAH
MADU
Serbuk cajun nih wajib ada.
Memang pedas dan sedap !
sesuai sangat nak buat inti dalam sandwich yang banyak sayur tu.
Boleh bayangkan gigit rangup manis sayur tiba2 pedasss.. nYummm !
okeh untuk sukatan asma main hentam je,
Alter sampai kena tekak.
Atau boleh ikut sukatan
4 keping dada ayam
1 sudu besar setiap bahan diatas.
senang cerita !
Lepas dah perap selama 30 minit atau lebih
boleh grill.
Sediakan roti, setengah orang sapu mentega dulukan, asma tak suka.
biar plain atau sapu mayo sahaja kat atas roti.
Susun sayur2 semua bagi rapi letak sos
kalau nak letak keju silakan.
modal u !
letak roti kat atas, macam biasa dan sambung untuk letak inti.
macam asma susun ayam grill nih susun rapat dan mampat.
boleh letak hirisan bawang besar kalau suka.
make sure mampat dan banyak ya isi.
apitkan lagi roti dan dah siap boleh balut kemas dan potong dua bahagian sahaja.


Yang ni asma buat inti egg mayo.
inti paling sonang diduniaaaa.
Tapi ! cara asma lain, asma tak guna telur yang direbus tau.
asma goreng telur hancur dengan butter.
Sebab tu cust asma yang makan kata tak muak telo !
kalau telur kuning rebus kan tak sodap sangat.
kita goreng dengan butter perhh sedap la, gaul pulak dengan mayo !
lemak berkrim.
korang boleh cuba ya.


Korang yang nak cari duit lebih, boleh lah ambil idea wanpaku sandwich ni buat jualan ya.Memang ramai yang suka sebab cantik dan puas makan tau.
Make sure buat seiklas hati, masak sedap2 tau.
sure laku !

TQ korang dah baca sampai habis
Love love love korang semua
Jangan lupa follow Fb dan Insta asma
@asmasuhaimi
https://www.facebook.com/asmasuhaimi12
https://www.instagram.com/asmasuhaimi/
4 comments:
Sedapnyaaaaa..nampak mudah la..akak nak cuba nanti...bleh bawak bekal pi keja
Tq Kak @Suria Amanda singgah baca blog asma. Selamat mencuba ya.
Tq ilmu dberi..saya pon baru mula nak mempelbagaikan isi wanpaku...hasil buat mkn sendiri dan tunjuk gambar pd kwn2 udah ada yang berminat nak oder.
@Aisah Anje : Alhamdulillh semoga dilimpahi rezeki ya sis
Post a Comment