Friday 30 August 2013

Mak Ayah...

Assalammualaikumm..

Dalam setiap langkah dan perbuatan kita didunia,
adakah kita setiap saat memikrkan tentang sebuah pertanyaan yang mencari jawapan tentang apakah cukup setiap pengerbanan kita terhadap kedua insan yang kita cintai didunia ini ?
 (Mak ayah)

Dalam kesibukan kita mencari dan meraih kemenangan disisi pengorbanan kepada orang lain yang sememangnya bukan orang yang mencintai kita sepenuhnya sejak kita kecil dan lemah lagi..

Hari ini,
sebuah pertanyaan tiba-tiba terlintas didalam hati..

Seandainya hari esok adalah hari terakhir aku menghembuskan nafas didunia ini,
apakah aku telah cukup berkorban untuk membahagiakan kedua ibu bapa aku?
Apakah aku layak menjadi anak yang solehah..
Dan apakah jika pada hari-hari kepergian aku,
mereka akan berkata,
"Asma anak yang terbaik pernah kami miliki"

Air mata ini bagai jawapan pada setiap pertanyaan itu,
setiap butir air mata ini bagai setiap satu pegorbanan yang belum dapat aku tunaikan..

FOR MAK AND AYAH.,,

sesungguhnya,belum pernah cukup kasih dan pengorbanan yang asma buat untuk membayar setiap satu pengorbanan mak dan ayah dari kecil sampai asma besar sekarang..
Dan sesungguhnya,asma belum pasti yang asma akan jadi anak yang terbaik antara yang terbaik...

Sungguh,asma tak mampu nak tahan setiap satu pertanyaan yang tiba-tiba terlintas tadi...

yang asma ingat hanyalah mati.
yang asma inginkan hanyalah memenuhi setiap satu jasa mak dan ayah dengan meraih apa yang setiap ibu bapa mahukan dari anak-anak ..

Dan,semoga asma masih punya banak waktu untuk,
menjaga hati mak ayah,dalam setiap apa yang bakal terjadi dalam hidup kita bersama,
untuk,
menjaga setiap kali mak atau ayah sakit,
untuk merawat hati mak ayah bila asma atau manusia lain buat mak ayah sakit hati..
untuk,
merawat walau calar yang sedikit di tubuh mak ayah bila mak ayah terluka..

Dan asma harap asma akan dapat jadi anak mak,bukan yang terbaik dimata manusia sahaja,
tapi bila asma dah tiada kat dunia ni,asma berharap agar Allah akan terima asma sebagai anak yang solehah kepada mak ayah yang asma cintai ..

FOR YOU MAK,

Asma mungkin tak mampu nak penuhi setiap apa yang anak-anak yang lain lakukan,namun,asma harap asma mampu,untuk buat mak bahagia,tersenyum setiap saat hanya sebab asma..Asma takut bila mak sedih sebab asma buat sesuatu yang salah..Sebab tu,tiap-tiap hari asma nak mak dengar suara asma,supaya mak dapat ketawa walau sedikit,asma bahagia..Dan asma selalu nak ada dengan mak walaupun jauh,asma akan sentiasa ada mak dalam diri asma,sebab asma nak jadi anak yang solehah,asma nak ikut setiap nasihat mak pada asma,dan asma sentiasa nak cakap dengan mak,sebab asma dapat setiap kekuatan bila dengar suara mak,bila dengar mak ketawa..Bila asma hampir rebah, asma akan ingat mak, bukan sebab asma kecundang kan mak ? itu sebab asma hanya ada mak untuk asma mengadu didunia nyata..Dan hanya mak mampu kembalikan diri asma untuk bangun dan berjuang untuk terus jadi yang terbaik untuk semua orang...

FOR YOU AYAH,

ayah,asma sentiasa perlukan ayah untuk jaga hidup asma, bukan bermakna asma tak mampu berdikari, asma lebih tenang bila sekarang,asma sentiasa ada dalam jagaan ayah, sebab itu asma nak ikut ayah mana saja ayah pergi,(time kecik-kecik dulu laa)
asma sentiasa perlukan doa ayah(mak) untuk setiap langkah asma didunia mahupun kelak diakhirat.. Asma sentiasa perlukan didikan ayah, walaupun sebaris nasihat,dah cukup untuk asma mengubah cara asma..
Ayah,asma harap asma mampu jadi anak yang paling terbaik dalam hidup ayah..Ayah tau tak kenapa asma suka ikut ayah pergi mancing kat laut,pantai,,padahal asma tak suka memancing pun (hehehe)itu sebab asma nak speend time dengan ayah,asma nak ada dengan ayah waktu ayah tengah happy or sedih...sebab cuma waktu ayah mancing saja asma dapat tengok kesabaran dan kekuatan ayah berusaha menjadi ayah yang terbaik buat anak-anak ayah....
Dan asma sabar tunggu ayah dapat ikan (walaupun kecik jee) sebab asma bahagia tengok ayah senyum..Sebab tu asma selalu berusaha untuk jadi sabar dan kuat macam ayah...



Dan jika,esok benar aku ditarik nyawa,atau bila sahaja..
aku berharap agar aku sempat membahagiakan mereka secukupnya..
Agar apabila aku pergi,aku tetap mampu mengukr bahagia dalam tatapan mereka dan dalam doa mereka pada aku...

Dalam perjalanan ini,hati hanya mampu berbicara apabila air mata mulai mengalir.dan disitu,hanya ada satu pekara iaitu, cinta kepada mak ayah..

Ya ALLAH,ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, Haramkan api neraka itu menyentuh tubuh mereka..Berikan mereka ketenangan,berikan mereka rezki Mu,berikan mereka anak-anak yang mampu memimpin tangan mereka ke syurga Mu kelak.,(Amin..)