Monday 21 October 2019

KHASIAT BAYAM BRAZIL


B A Y A M      B R A Z I L

Hai semua ! 

Pernah dengar tak bayam brazil ??

Kalau belum meh baca info bayam yang ramai orang belum tahu ada kahsiat 
yang banyak untuk penggemar ulam. Bagi asma bayam brazil ni sedap buat ulam atau kerabu tau.
 Jom baca beberapa kebaikan akan kita dapat bila makan bayam brazil nih.

Image result for brazil spinach
(Gambar dari Google)

Sebelum ni beli bayam besar2 kan dan kita selalu buat sup.
Bayam brazil nih saiz daun kecil dan rapuh sedikit berbanding bayam biasa yang senang layu.
Paling best bayam brazil ni mudah je kalau nak ditanam tau. Jimat modal kalau nak makan sayur atau ulam ulaman.

Asma baru dapat satu pasu dari mak mertua asma, nanti asma update perkembagan pokok bayam brazil asma. Asma dah semai beberapa pasu kecil, memang cepat naik daun dan mudah dijaga. 
Jadi, apa kahsiat yang ada dalam sayur unik nih ??

ANTARA KEBAIKAN BAYAM BRAZIL

- Dapat mencegah kanser
- Menggekalkan kesihatan mata
- Mengguatkan tulang
- Mengandungi vitamin K 
- Menguatkan tulang
- Membantu menggurangkan berat badan
- Meningkatkan sistem imun badan

- Mencegah sembelit
- Membantu melancarkan darah
- Mencegah anemia
- Mengatasi masaalah gusi
- Menjaga stamina badan
- Baik untuk kesihatan mulut

-Baik untuk pencernaan
- Mencegah penuaan
-Baik untuk ibu mengandung 


Wahhh banyak kan kahsiat yang baik untuk kita semua.
Jadi apa salahnya lepas ni pakat tanam Bayam Brazil nih.
Duduk rumah kecil atau besar tak jadi masalah kan sebab bayam ni sangat mudah dijaga dan tak perlukan ruang yang besar pun untuk tanam. Macam asma rumah kecil tak ada tanah pun, asma tanam dalam pasu kecil, cukup untuk asma dan suami makan. 

Image result for  bayam brazil

Lepas tuai dan cabut daun daun bayam brazil nih jangan dibuang batangnya.
Sebab korang boleh cucuk balik dalam tanah dan semai balik. Mudah kan !

Masa asma mula mula makan bayam brazil ni dari mak mertua lah.
Umi asma buat kerabu bayam brazil. Memang sedap tau rapuh2 gitu.
Balik je asma buat sendiri. Dah jadi kesukaan asma pulak bila nak makan ulam.
Image result for kerabu bayam brazil
(Gambar dari google)

Untuk resepi dan gambar2 menarik dari asma, asma akan update next entry tau.
Resepi kerabu bayam brazil cara asma.

Jumpa lagi !