Saturday 9 November 2019

RESEPI MUDAH AYAM KOREA


Assalammualaikum Salam Sayang dari asma 
buat pembaca blog semua.

Malam ni nak kongsikan resepi lagi
Minggu lepas sempat masuk dapur.
Tekak pulak dok rasa nak meratah ayam Korea.

Kalau nak oder luar memang siap duit habis,rasa belum tentu 
kena dengan cita rasa kan.

Resepi ni asma gunakan bahan bahan yang sangat mudah dicari,
sangat murah jugak. So cita rasa masing2 ye kalau tak suka boleh je buat
 cara lain atau tambah tambah bahan lain.

Ok jom mula !!

A Y A M   K O R E A   
(cara asma)

Image may contain: food
Asma buat kali ni kurang pedas sebab makan tengah malam masa tu hhih



Bahan bahan basah.

Ayam 6 ke 8 ketul
asma gunakan bahagian kepak

Bawang putih 5 ulas
Cincang halus

Planta untuk menumis

Madu secukup rasa

sos cili asma guna dalam 5 sudu besar

kicap manis 1 sudu besar untuk warna gelap



Bahan Kering

*Tepung beras 5 sudu besar

*Tepung jagung 3 sudu besar

*Serbuk lada putih 1 sudu besar

*Serbuk bawang putih 3 sudu besar

Serbuk cili 3 sudu besar

Garam secukup rasa

Kuib ayam 1

Gula secukup rasa

Biji bijan

Bertanda * untuk bahan perapan ayam sebelum digoreng.

Image may contain: food

sediakan semua bahan2 diatas ya.

step pertama asma akan buat perapan ayam sebelum digoreng.
asma suka perap selama 30 minit macam tu untuk rasa isi ayam 
yang lebih sedap.

so bukan sekadar sedap kat luar dengan salutan kuah,
bila gigit isi dalam pun terasa rempah2.

Image may contain: food
Masukan semua bahan bertanda*

Kalau ada tepung rangup segera pun boleh ye,
Masa ni asma dah kehabisan stock tepung rangup bestari.

Kalau guna bestari yang pedas tak payah dah serbuk2 kat atas.
So ikut korang lah nak cara mana ya.

Image may contain: food
Siap masukan tepung jagung dan tepung beras
Gaul sebati dengan bahan2 lain.
biarkan perap 20 ke 30 minit.

Image may contain: food
sebelum goreng salutkan ayam perapan tadi dekat tepung jagung yang kering
nanti gorengan akan lebih rangup.
pastikan api slow,minyak betul2 panas.

Untuk kuah, cara asma memang ikut tekak sendiri,

Panaskan planta.
Masukan minyak masak sesudu untuk elakan hangus.
Masukan bawang putih yang dicincang halus.
Kasi garing ya.

Masukan serbuk cili masak hingga naik bau
masukan air sedikit demi sediki.
Jangan banyak nanti cair sangat TAK SEDAP

masukan bahan2 lain macam gula, garam, madu.
Kacau kacau rata sampai mendidih.
Masukan sos cili.

Part ni kalau korang ada modal lebih boleh gantikan dengan sos
korea yang ada kat pasaran tu ya.

Asma just pakai serbuk cili dan sos cili biasa

untuk tambah kepedasan.
Masa nak tunggu sos masak tu, asma masukan
2 batang cili padi dibelah.

Tu cara asma nak bagi rasa pedas2 pada kuah ya.
Kalau rasa dah pedas cukup boleh keluarkan cili tu.

Madu make sure bagi cukup rasa.
Kena ada rasa manis, masin dan pedas.

Masak sampai kuah pekat, kacau selalu ya.
( Kalau terlebih air dan cair korang boleh bancuh air tepung jagung sedikit dan masukan masa kuah mendidih dan alter rasa ya )

Image may contain: food
Nampak pekat dn cukup rasa, boleh tutup api.
Nampak tak cili dok berendam dalam kuah hihi.

Masa nak hidang tak payah letak cili tu,Kantoi aa 
Ayam korea kacukan haha.

Janji sedap !

Image may contain: food and indoor

Salut semua bahagian ayam yang dah digoreng garing tu.
Tabur pulak biji bijan tu.

Siap untuk di RATAH !


updated: Banyak kali asma buat ayam korea nih sebab guna bahan yang mudah dan murah je.Ada hari kami buat menu lauk makan tengah hari macam ni.

Image may contain: food
Asma buat extra pedas sebab nak makan dengan nasi.
so sedappp.



Monday 21 October 2019

KHASIAT BAYAM BRAZIL


B A Y A M      B R A Z I L

Hai semua ! 

Pernah dengar tak bayam brazil ??

Kalau belum meh baca info bayam yang ramai orang belum tahu ada kahsiat 
yang banyak untuk penggemar ulam. Bagi asma bayam brazil ni sedap buat ulam atau kerabu tau.
 Jom baca beberapa kebaikan akan kita dapat bila makan bayam brazil nih.

Image result for brazil spinach
(Gambar dari Google)

Sebelum ni beli bayam besar2 kan dan kita selalu buat sup.
Bayam brazil nih saiz daun kecil dan rapuh sedikit berbanding bayam biasa yang senang layu.
Paling best bayam brazil ni mudah je kalau nak ditanam tau. Jimat modal kalau nak makan sayur atau ulam ulaman.

Asma baru dapat satu pasu dari mak mertua asma, nanti asma update perkembagan pokok bayam brazil asma. Asma dah semai beberapa pasu kecil, memang cepat naik daun dan mudah dijaga. 
Jadi, apa kahsiat yang ada dalam sayur unik nih ??

ANTARA KEBAIKAN BAYAM BRAZIL

- Dapat mencegah kanser
- Menggekalkan kesihatan mata
- Mengguatkan tulang
- Mengandungi vitamin K 
- Menguatkan tulang
- Membantu menggurangkan berat badan
- Meningkatkan sistem imun badan

- Mencegah sembelit
- Membantu melancarkan darah
- Mencegah anemia
- Mengatasi masaalah gusi
- Menjaga stamina badan
- Baik untuk kesihatan mulut

-Baik untuk pencernaan
- Mencegah penuaan
-Baik untuk ibu mengandung 


Wahhh banyak kan kahsiat yang baik untuk kita semua.
Jadi apa salahnya lepas ni pakat tanam Bayam Brazil nih.
Duduk rumah kecil atau besar tak jadi masalah kan sebab bayam ni sangat mudah dijaga dan tak perlukan ruang yang besar pun untuk tanam. Macam asma rumah kecil tak ada tanah pun, asma tanam dalam pasu kecil, cukup untuk asma dan suami makan. 

Image result for  bayam brazil

Lepas tuai dan cabut daun daun bayam brazil nih jangan dibuang batangnya.
Sebab korang boleh cucuk balik dalam tanah dan semai balik. Mudah kan !

Masa asma mula mula makan bayam brazil ni dari mak mertua lah.
Umi asma buat kerabu bayam brazil. Memang sedap tau rapuh2 gitu.
Balik je asma buat sendiri. Dah jadi kesukaan asma pulak bila nak makan ulam.
Image result for kerabu bayam brazil
(Gambar dari google)

Untuk resepi dan gambar2 menarik dari asma, asma akan update next entry tau.
Resepi kerabu bayam brazil cara asma.

Jumpa lagi !



Saturday 12 October 2019

Ayam bakar tanpa oven / Chicken grill



Assalammualaikumm.
Tengah malam nih asma nak share resepi Ayam bakar simple
Yang mudah dan tak perlukan oven tau.
Asma bakar guna magic pan aje.

Image may contain: food

Jom mula !

Asma gunakan ayam sebelah ya.
sebelah ni asma dan suami makan berdua je hihi
Kalau korang guna seekor ayam atau lebih korang just add je semua bahan2 tu.
Lebihkan sampai cukup rasa ok.


Image may contain: food

Bahan bahan perapan yang asma guna,

Bawang putih 5 ulas
serai 1 batang
halia 1 inci 

bahan ni ditumbuk halus 

Image may contain: food

Parsli kering 2 sudu besar

Emping cili 2 sudu besar

Sos cili 3 sudu besar

Serbuk Cajun 3 sudu besar

Minyak masak 2 sudu besar.

Image may contain: plant and food
Parsli kering


No photo description available.
Serbuk Cajun

Masukan semua bahan perapan dan gaun sebati pada ayam.
Make sure semua bahagian kena.

Tips !

Nak perapan menyerap ke bahagian isi, cucuk ayam dengan garfu.
Cucuk keliling atau sebanyak yang boleh lah.
Jangan kau hancurkan pulak. Lepas geram ke hihi.

Image may contain: food
Dah ready nak dibako !

Dengan cara ni, bahan perapan akan mudah meresap ke bahagian dalam ayam
dan ayam mudah masak.
Tak da lah nanti dalam tak masak pulak.

Asma perap dalam 1 jam sebelum makan malam,
Perap dalam peti ais bawah, jangan dibekukan pulak kan kejung ayam tu.
haih.. 

Masa bakar tak perlu letak minyak sebab dah letak masa perapan tadi,
Cuma asma suka add butter satu sudu besar untuk bau dan rasa lebih mantap !

Bakar selaama 20 ke 30 minit atau hingga ayam masak,balik kan setiap 10 minit tu.
Api perlahan tau. Masak slow2 baru ayam moist dan berjus !
Dah siap boleh hidang dah.

Image may contain: food

Ubi kentang ni asma suka bakar sekali dengan ayam,sedap tau.
Kalau tak suka boleh skip je. bakar ayam je pun onz !

Makan dengan nasi putih panas panas, ratah saja pun sedap
Asma suka perah limau nipis masa makan.
Masam2 pedas memang sedap.

Haaa terliurkan.
Jom buat untuk makan dengan yang tersayang.


Image may contain: food

Selamat mencuba !



Friday 11 October 2019

Wanpaku Sandwich



Assalammualaikum semua.
Alhamdulillah banyak nya mood menulis mai minggu nih.
So asma nak manfaatkan kerajinan ni dengan update beberapa resepi.
Pagi ni asma nak share resepi #WANPAKU SANDWICH yang asma buat baru baru ni untuk cari duit lebih.

Korang boleh cuba buat untuk makan makan kat ofis or dengan keluarga.
Kalau nak buat jual pun boleh asma halalkan semuanya.
Cara asma simple je kalau korang nak add on apa2 dalam resepi ikut lah.
Citarasa masing2.

Okeh jom mula !

W A N P A K U   S A N D W I C H

Image may contain: food

Bahan -bahan.

ROTI 

Image result for roti gardenia

wajib ada roti lah ye.
Jenis apa pun boleh janji roti keping gini.

SAYUR -SAYURAN 

Untuk sayur asma tak kata wajib guna itu ini,
korang boleh guna ikut citarasa masing2.

Ni antara yang asma guna ya.

Image result for iceberg lettuce
ICEBERG LETTUCE

Image result for carrot
CARROT



Image result for kubis ungu

KUBIS UNGGU

Kalau ikut wanpaku versi ori memang sayur digunakan dalam kuantiti yang banyak
bila asma buat asma kurangkan sikit ikut tekak orang kita hihi

Untuk inti nya boleh gunakan

TUNA

AYAM GRILL 
/ REBUS

TELUR REBUS
SEBIJI

TELUR DAN MAYO.

Macam2 sebenarnya boleh jadikan inti ya.
Macam asma kata boleh ikut cita rasa.
Asma buat pun ikut bentuk rupa wanpaku.

Tak semistinya inti kita ikut sejibik ya hihi.
Be creative !

Untuk sos asma guna

Thousand island
Mayo biasa

===========================

Ini antara bahan wajib ada untuk balutan WANPAKU yang kemas.

Image result for kertas balut burger
kertas macam balut burger boleh cari yang plain or corak2
tak kisah janji boleh balut


Image result for plastic wrapping

Ini penting, untuk nak balut bagi semua bahan2 mampat dan rapat
gitu.
=======================================================

Ok bahan semua dah lengkap.
 Asma share resepi ayam grill asma okeh.
Resepi simple tapi sure ketagih makan.

Ramai orang puji masa asma buat ayam grill nih.

Korang perlukan,

ISI AYAM 

Asma guna bahagian dada dan potong panjang ye.

Bahan perapan

SERBUK CAJUN
SERBUK CILI
EMPING CILI
GARLIC POWDER
GULA MERAH
MADU


Image result for serbuk cajun

Serbuk cajun nih wajib ada.
Memang pedas dan sedap !

sesuai sangat nak buat inti dalam sandwich yang banyak sayur tu.
Boleh bayangkan gigit rangup manis sayur tiba2 pedasss.. nYummm !

okeh untuk sukatan asma main hentam je,
Alter sampai kena tekak.
Atau boleh ikut sukatan

4 keping dada ayam
1 sudu besar setiap bahan diatas.
senang cerita !

Lepas dah perap selama 30 minit atau lebih
boleh grill.

Sediakan roti, setengah orang sapu mentega dulukan, asma tak suka.
biar plain atau sapu mayo sahaja kat atas roti.

Susun sayur2 semua bagi rapi letak sos
kalau nak letak keju silakan.
modal u !

letak roti kat atas, macam biasa dan sambung untuk letak inti.
macam asma susun ayam grill nih susun rapat dan mampat.
boleh letak hirisan bawang besar kalau suka.

make sure mampat dan banyak ya isi.
apitkan lagi roti dan dah siap boleh balut kemas dan potong dua bahagian sahaja.


Image result for wanpaku sandwich


Image may contain: food

Yang ni asma buat inti egg mayo.
inti paling sonang diduniaaaa.

Tapi ! cara asma lain, asma tak guna telur yang direbus tau.
asma goreng telur hancur dengan butter.
Sebab tu cust asma yang makan kata tak muak telo !

kalau telur kuning rebus kan tak sodap sangat.
kita goreng dengan butter perhh sedap la, gaul pulak dengan mayo !
lemak berkrim.

korang boleh cuba ya.




Image result for wanpaku sandwich                              Image result for wanpaku sandwich


Korang yang nak cari duit lebih, boleh lah ambil idea wanpaku sandwich ni buat jualan ya.Memang ramai yang suka sebab cantik dan puas makan tau.
Make sure buat seiklas hati, masak sedap2 tau.

sure laku !


Image may contain: food and indoor


TQ korang dah baca sampai habis

Love love love korang semua



Jangan lupa follow Fb dan Insta asma

@asmasuhaimi



https://www.facebook.com/asmasuhaimi12



https://www.instagram.com/asmasuhaimi/

Thursday 10 October 2019

Cameron Highland / Scone dan Jem strawberry yang sedap !


Hai korang semua !

Ni part 4 dan last untuk cerita Cameron Highland

Untuk cerita part 1, 2 dan 3 boleh klik link bawah nih okeh




.
.
.
Tempat last yang kami singgah sebelum balik adalah

 KHM STRAWBERRY AND JEM

Image may contain: fruit, plant and food

Fresh nyaa..

Tapi kat sini bukan nak borong strawberry je, kat sini nak borong jem strwberry dan makan scone !
Memang sedap betul jem kat sini sangat fresh dan pure !

Image may contain: food

Sone yang sedap wajib ada jem yang sedap 
setuju ?


Image may contain: food

Memang terliur nih sambil menulis blog pun 
Sapa pandai buat scone please send too mee hihi.

Image result for khm jem strawberry

Make sure sebelum balik korang borong jem nih tau.
Sedap memang homemade rasa sangat fresh.
Harga dah lupa berapa, tak mahal sangat pun.


Dah kenyang jom cari jalan pulang
.
.
.

Image may contain: car and outdoor

Sebelum turun kebawah jumpa satu lagi tempat.
Jom makan eskrem !
Yang ni mahal, sebab ais krim dia buat macam kek keju
Tapi dah alang alang sampai baik merasa kan.

Image may contain: people eating, dessert and food

Sedap rasa macam kek keju sejukkkk.
Tekstur dia lembut sangat.

Dah kali ni memang betul dah sampai bawah dan menuju jalan pulang hihi
Asma tapau Strawberry fresh dan coklat celup tu sambil menikmati perjalanan jauh sambil ngap !

Image may contain: fruit and food

Masa ni elok segar, kena2 cuaca dah panas, habis lebam weh.
So kalau nak makan biar makan puas puas kat CH.
Kalau bawa balik baik niat tu borong sebab kau nak buat jem ke apa ke.

Memang bila dah bawa balik dia akan lebam la kena panasss.
Nasib dah hentam puas puas !

Image may contain: 1 person, food

Bebel apa bang oi..

Image may contain: 1 person, mountain, sky, outdoor and nature

Sekian dari asma cerita biasa biasa untuk kenangan dalam Blog kesayangan.
Kalau ada salah silap salahkan orang atas tu, hihihi melawak k !

TQ korang dah baca sampai habis

Love love love korang semua



Jangan lupa follow Fb dan Insta asma

@asmasuhaimi



https://www.facebook.com/asmasuhaimi12



https://www.instagram.com/asmasuhaimi/


Cameron Highland NASI LEMAK / CACTUS POINT



Assalammualaikum semua.
Semoga sihat sihat sentiasa hendakNya.
Jom asma nak sambung PART 3 nih

Yang belum baca PART 2 boleh klik link okeh
.
.
.
.
Hari kedua asma kat sana, hari ni best sebab ke tempat2 yang asma suka

First thing kena cari makan dulu walaupun pagi2 dah hentam sarapan dekat hotel.Kat sini sejuk weh perut sentiasa minta isi je. Hancur diet tauuu.

Eleh tak diet pun hihi.


Image result for nasi lemak abang strawberry

NASI LEMAK ABG STRAWBERRY

Kami cari guna google aje, Nampak macam best kat sini.
Nasi lemak stroberi !

Image may contain: food

Ni lah yang viral2 tu.. Nasi pink cantikkk.

Nasi lemak dan sambal strawberry dia sedap, cuma memang tak puas sambal straberry dia letak sikit ciput jee. Ada 3 jenis sambal dalam satu pinggan. Yang sambal bilis tu sedap jugak rangup.

Zaid oder lontong, tapi tu lah tak sedap tahap kami bad mood nak ambil gambar, nasib lah nasi lemak sedap dan portion nasi banyak jugak.

Kalau ikutkan selera asma boleh kasi 6/10 untuk nasi lemak dia
Lontong 0/10 fuhhh kau rasa agak2 tak sedap macam mana ?
Malas nak cerita noh.
Image may contain: Asma Suhaimi, sitting, drink and indoor

Air jus strawberry agak mahal harga dia,kalau diikutkan rasa dia tak berbaloi nak oder banyak.
untuk nak merasa boleh lah.
Mungkin masa asma mai ni staff dia tak pandai buat kot.
Kalau korang p sedap roger2 na.

Untuk sambal strawberry dan bilis rangup korang boleh beli memang sedap !
Yang tu buatkan nasi lemak dia sedap.

ok dah jom sambung jalan jalan..


Image may contain: Asma Suhaimi, standing, plant, flower and outdoor

CACTUS POINT

Cactus point ni memang best kalau korang memang jenis nak bawa balik segala mak nenek pokok terutamanya CACTUS.
Asma memang suka sangat dengan cactus nih masa masuk memang macam orang sawan dah kiri kanan penuh cactus ! Laki ku berserah je sebab memang dia tau bini dia sawan cactus sawan bunga.
Nasib kau lah bang oi.

Hihihi.

Tapi dua dua seronok dan enjoy tengok banyak jenis bunga pelik2 dan cactus rare.
Total lost RM 80+ kira ok la tuh.
Lagi pun semua murah murah.

Jom cuci mata !


Image may contain: plant, outdoor and natureImage may contain: flower and plant                                           

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature

Ingatkan pokok palsu !

Image may contain: 2 people, people standing, plant and outdoor

Dia dok cek kot tu pokok palsu hihi.
Pokok betul lah bang !

Image may contain: plant, flower, outdoor and nature

Pokok ni asma beli, nyaris2 mati jugak masa dah balik 3 hari.
Tapi nasib ada tunas yang elok dan asma semai balik.
Tak tahu lah berapa lama nak sudi duduk Peneng hihi.

Image may contain: plant, flower, outdoor, food and nature

Yang ni asma belikan untuk mak dan umi.

Image may contain: plant 

 Image may contain: plant

Image may contain: 2 people, including Zaid Ishak, people standing, plant and outdoor

Untuk settelkan sawan bini dia, dia beli Besi Love tu susun baby cactus.
Lepas tu dia kata dah2 jom sayang!!!!

Hahaha sejam pun tak rasa dok dalam ni.

Image may contain: Asma Suhaimi, smiling, standing

Bang oi hat ni pun nak ikut kita balik !
hahah.. 

Image may contain: Zaid Ishak, plant, food and outdoor

Alahai laki ku.. comelnye..

Image may contain: plant and outdoorImage may contain: Asma Suhaimi, glasses


Ehhhh sudah2 la tu jom balikkkkkk.
hihihi.

.
.
.
TQ korang dah baca sampai habis

Love love love korang semua



Jangan lupa follow Fb dan Insta asma

@asmasuhaimi



https://www.facebook.com/asmasuhaimi12



https://www.instagram.com/asmasuhaimi/