Monday 19 November 2018

Jahit Manik Peneng ( CRUMBLE BEADS )

Assalammualaikum semua sahabat dan pembaca setia Asma
Hari ni asma nak kongsikan hasil kerja asma dalam jahitan manik atau beading service untuk beberapa pelanggan asma.

Alhamdulillah,lepas selesai bab pindah rumah beberapa bulan lepas,rezeki semakin dipermudahkan Allah untuk asma dan pelanggan berurusan.
Sebelum ni mungkin susah sebab faktor asma sendiri jauh dari beberapa tempat untuk buat urusan kerja macam pos dan membeli bahan bahan jahitan

Sekarang semuanya dipermudahkan Alhamdulillah YA ALLAH.
Boleh dikatakan asma berada di tengah tengah kawasan yang pesat dan mudah untuk pelanggan singgah kalau yang nak by hand.

Yang jauh macam biasa kita pos ye.

Ok dah membebel asma.... 
Jomm cuci mata !



ohhh sebelum tu.
Kalau nak wsap asma tekan link sini ye

Sebarang pertanyaan atau tempahan sila klik link dibawah 

Wsap =http://www.wasap.my/6011-10081982/

Page=https://www.facebook.com/theveilbyasmarina/

Blog=https://asmasuhaimi.blogspot.com

==============================================

No automatic alt text available.

Proses tentukan design dan kos cust asma.

Ohhhh,tau tak asma boleh costume design untuk korang sampai jumpa kos yang korang nak beri untuk satu tempahan tu, Best kan !

kiranya kalau bajet rendah InsyaAllah asma bantu design kan ikut bajet tu dan insyaAllah puas hati !
Kalau bajet mewah ! waahhhh lagi la best !

so boleh pilih dan bincang ye.

Selalunya paling Murah dan cantik bermula dari RM 65 keatas
Paling mahal ???

ada leee

No automatic alt text available.

Design kesukaan ramai.
asma start keluarkan Crumble beads ni 2 tahun lepas
BAYANGKAN...

Sampai sekarang orang masih sukakan nya sebab simple klasik dan cantik !

Image may contain: food

Boleh add bunga 3D

cunnnnn..

No automatic alt text available.

Haaa ni untuk baju Nikah cust asma
FULL BEADING dan bahagian bawah baju dan tangan asma jahit crumble beads yang tak terlalu tebal untuk naikkan seri nya.

No automatic alt text available.


No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Paling banyak cust asma akan request bahagian tangan sebab memang cantik dan nampak sah !
sesuai untuk Baju plain.
memang berseri.

No automatic alt text available.

No automatic alt text available.

Apa macam cuci mata tak !

hihi kalau tak puas lagi bor nak tahu HARGA DESIGN boleh klik link wsap asma dibawah ni.Lebih mudah kan kita nak sembang sembang sampai JADI !


Friday 17 August 2018

Sagu sweet corn Adabi



Assalammualaikum pembaca setia Asma.

harap semua sihat belaka ya.

Hari ni asma berkesempatan nak share resepi 
asma buat ni sama sama dengan my lovely mom.
Dan menggunakan Dua produk Adabi.

Jom cekketouttttt..



Aktiviti main masak masak desert all time favorite dengan mak semalam.
Resepi dan idea dari mak ku cantik  Zarina Hussain




SAGU SWEET CORN ADABI !
BAHAN BAHAN
Sweet corn adabi
Jagung dalam tin adabi
Sagu 
Gula merah + gula melaka
Susu sejat
Daun pandan

CARA CARA
Didihkan air dalam periuk la kan..
Masukan sagu
Mak kata 1 cawan kopi (sagu)
3 cawan kopi (air)
Masukan daun pandan

Paham tak ?
Masak sampai sagu kembang dan sebati
Ketepikan dan masukan dalam peti ais untuk disejukkan.
Bahan kuah gula merah
Gula melaka 1/4 
Kalau nak manis lagi tambah aje lagi
Gula merah 3 ke 4 sudu makan
Daun pandan

Masak sehingga gula larut sebati semuanya.
Siap ! Ehhh
Hias la dulu
Ambil sagu yang sejuk tu,
Lapiskan dengan sweet corn Adabi ehhh lapiskan lagi dengan sagu.. Taburkan jagung jagung gemukz dan tuang secukup rasa susu sejat dan gula merah 
Siap di makan !

Sedapp rasa jagung krup pop krup pop gitu...







Yummyy..

jom cuba buat untuk makan petang nanti.



Thursday 19 April 2018

Rutin kecantikan (malam)

Assalammualaikum semua

Malam ni ada kelapangan masa nak sembang santai dekat sini.
Yang follow asma di Insta mungkin dah selalu tengok di story asma kongsikan
tips or cara asma buat skin care routine.

Malam ni asma nak kongsikan dua drugstore produk yang asma dah cuba dan memang tip top berkesan untuk asma.

mungkin ramai dah tau dua benda asma nak kongsikan ni,
so masing masing ada kesan masing masing lah ye.
Apa yang elok pada kulit asma,asma kongsi untuk korang nak cuba.

First adalah
St Ives SCRUB

Asma gunakan apricot scrub

Image result for st ives apricot scrub

Mula asma guna dua bulan lepas,sebab nya asma burn dan kulit dah jadi kering sangat.
Mula lah berkerak je rasa kulit bila burn kan.

so ronda dekat watson kot tak silap masa tu,tak rancang pun nak beli scrub.Saja tengok tengok sampai lah baca yang jenama ni.

lama jugak lah pikir nak beli ke tak.Bukan mahal sangat jenama ni cuma takut tak elok.
So dua bulan ni asma cuba.Tak kongsi lagi scrub ni dekat insta story.

Dan malam ni memang jawapan muktamat memang puas hati dengan scrub ni.
sangat bagus untuk yang kulit muka tengah burn dan kering.
Ni antara scrub yang asma rasa tak keringkan muka bila habis bilas.

Kahsiat minyak biji apricot ni memang sangat baik untuk merawat dan menjaga kecantikan serta kesihatan kulit kita.Ia juga dapat melambabkan kulit secara semulajadi.

Kalau kulit berjerawat pun sangat bagus amalkan scrub yang ada minyak apricot sebab ia mengandungi vitamin A dan mampu merawat jerawat.

Related image

Produk seterusnya adalah Bio Serum Rosken
juga asma beli di watson.


Image result for bio serum rosken
Serum ni asma akan gunakan selapas buat rutin scrub,dan sebelum asma makeup.
Asma dah guna serum ni almost 5 bulan.

apa yang asma suka dan selesa dengan serum ni adalah ia tak memberi kesan berminyak yang buat kita tak selesa terutama bila makeup.

Bio serum ni lebih mudah meresap dan tak bau ubat,itu yang penting.
dan ia juga bukan sekadar untuk muka malah boleh digunakan seluruh badan
contoh kalau tumit merekah,siku kering atau ada bekas luka,sangat bagus gunakan bio serum ni.

asma gunakan serum ni sebelum makeup sebab mudah nak apply foundation dan makeup akan nampak lebih glowing tapi tak terlalu berminyak.

so korang boleh cuba lah ye.

harga pun mampu milik itu yang penting kan hehe

so ni cara asma buat rutin malam dengan dua produk ni.



Image result for face facial routine
Asma akan gunakan scrub ni waktu malam,

jadi rutin penjagaan kulit sebelum asma tidur tapi bukan setiap hari ye.

masa muka burn dan kulit kering dan tak sama tona tu asma rawat seminggu terus pakai setiap hari.
dan asma tetap gunakan SABUN MARINE.

Bila dah normal balik kulit wajah,kurang masalah,asma akan gunakan 2 ke 3 kali seminggu
untuk facial face sebelum tidur.

Mula asma akan wapkan wajah atau ambil air suam
lap pada muka.

seterusnya asma akan apply scrub dan buat urutan untuk facial
asma buat dalam 5 ke 10 minit.

lepas habis buat urutan dengan scrub,terus bilas
lebih baik guna air suam.

seterusnya asma akan cuci dengan sabun Marine

dan akhir sekali asma akan gunakan bio serum Rosken


Itu saja untuk malam ni,
Insyallah kalau ada lagi rutin dan produk yang bagus asma akan kongsikan ye

semoga bermnfaat 

love u all.


#stives
#bioserumrosken
#sabun marine

Wednesday 24 January 2018

Tempahan Jahit Manik Di Pulau Pinang / Beding Service

Assalammualaikum warga Peneng !

haa,Asma nak bagi tahu ni,SLOT RAYA dah open tau untuk yang nak buat tempahan Manik Beading boleh buat tempahan tau.Cepat buat tempahan dn anda bleh dapatkan DISKAUN RAYA !

Nak Tahu lebih lanjut boleh ke IG asmarinaveil / asma_rina

atau ws kami ke 011-10081982

Image may contain: flower



No automatic alt text available.


No automatic alt text available.


No automatic alt text available.


Sebarang pertanyaan atau tempahan sila klik link dibawah 

Friday 19 January 2018

Tempahan veil di PULAU PINANG







                    No automatic alt text available.






                   No automatic alt text available.




     

                         Image may contain: 1 person











Sebarang pertanyaan atau tempahan sila klik link dibawah 


TEMPAHAN VEIL COSTUME MADE

MENERIMA TEMPAHAN VEIL


EVENT

TUNANG

NIKAH











Sebarang pertanyaan atau tempahan sila klik link dibawah