Tuesday 13 October 2015

Kebaikan Lemon

Assalammualikum

sahabat2 bloger dan pembaca yang sudi membaca :)


 LEMON


tahu tak lemon mampu membantu menyingkirkan toksin didalam badan selain untuk penghadaman yang baik serta kecantikan kulit..

Amboih ayat ..

hihi..

Asma mula tekat akan buang dan tak akan bergantung pada pelbagai jenis makanan tambahan dan pill2 tahan lapar selepas asma sendiri nampak perumahan yang tidak baik dalam badan dan amalan2 harian yang sebenarnya lebih memburukkan keadan badan dan wajah



Maklumlah perempuan pantang tengok iklan sana sini orang lawa makan itu orang kurus makan ini..

Sudah2 lah asma : hati paksa :



NO MORE PILLS !!!

*terutama pill yang ada kelongsong lincin tu :( 



Bila asma amalkan seminggu pengambilan air LEMON tak kira lah detox water ke ,,perah dalam air suam terus minum ke asalkan ada kandungan kebaikan LEMON ni..

Alhamdulillah.terasa segar badan..nyaman je..

Yang penting penghadaman setiap hari baik,,

tak perlu bergantung pada ubat lawas ke teh yang buat kita lawas dalam sekian waktu ke..

Penghadaman adalah pekara paling penting .

Macam mana kita nak sihat kalau macam2 toksin ada dan tak terhadam tak lawas..

selain lemon ada ja buah2 lain yang boleh digunakan tetapi asma lebih berminat dan suka dengan efek dari kebaikan lemon ni..

Ye bukan mudah nak menurunkan berat badan..

Tak kan lah minum air lemon 3 botol kau dah boleh kurus langsing bagai kan..

PERLUKAN MASA..

jangan biar badan kita disiksa dan sakit sebab kita nak sangat target kita tu,..

Kita kena tahu mana boleh dan mana tak boleh untuk badan kita sendiri..

Asma melalui banyak proses dan pengambilan pill yang ada akhirnya rugi duit..sakit..dan berat badan makin bertambah..

sebab kita paksa dan badan tak mampu nak terima pill2..last,,,keburukan jugak kita dapat..

PENGALAMAN YANG PENTING !



Pengakuan sebenar nih..

Tapi tak pe..niat asma untuk berkongsi kebaikan serta keburukan jika kita terlalu bergantung pada ubat..sedangkan ada cara yang lebih alami @ semulajadi yang lebih baik untuk kita..

HANYA PERLU KERAJINAN

Dalam masa yang sama asma akan sediakan kat ayah asma setiap malam air lemon panas sebotol untuk jadi minuman amalam setiap malam..pagi tak sempat nak sediakan so malam..masa nak lepak2 tengok FB ke,borak2 ke..No more KOPI ! NO MORE KOPI..


untuk mak pun asma sediakan juga..untuk sekeluarga lah sebab LEMON ni bukan untuk kurus ja..macam2 kebaikan nya...

untuk hilangkan STRESS..

BAU MULUT..

Sakit TEKAK..

dan lain2..

untuk itu asma nak hampa semua yang baca ni..

rajin2 lah sediakan AIR LEMON untuk diri sendiri ata untuk tersayang (keluarga)

Semoga entry hari ini ada manfaatnya..




Tengok ni antara kebaikan yang ada..

BAGUSKAN ? 

JOM AMALKAN..



Saturday 3 October 2015

Petua Orang Tua

ASSALAMMUALAIKUMMM..

Harap semua dalam keadaan yang sihat walaupun cuaca agak menyedihkan..

Hari asma nak kongsi beberapa pertua..





- Petua yang asma sendiri banyak amalkan dari zaman sekolah sampai umur 2* hihi muda lagi..

- MENGAMALKAN makan ulam-ulaman pada setiap hidangan

-Ulam dapat membantu kita menghindari penyakit tua INSYALLAH
-Melambatkan proses penuaan pada wajah
-Serta membantu menyinkirkan toksin didalam badan kita..

So jangan sesekali tinggal amalan makan ULAM ! 

sebenarnya banyak lagi kelebihan serta kebaikan yang ada tapi asma ambil yang paling penting untuk kita..




Banyak ulam2 yang kita boleh dapatkan ..Yang duduk kampung lagi lah bertuah sebab kadang2 tu belakan ke tepi rumah pun ada ja ulam tu..

Contoh rumah asma..hihikat belakan ada pucuk ubi,ulam kadok..memang tak payah susah2 nak cari..



Ok2 itu bab ulam..



Petua seterusnya..

Asma mula amalkan tahun lepas..

Kulit kayu manis..

Macam2 boleh buat dengan kulit kayu manis,,Dan kebaikan dia SUBHANAALAH.. 

bukan sahaja untuk dalaman..untuk badan dan muka pun ada kebaikannya...

Tak heran la kenapa orang putih suka sangat dengan kulit kayu manis atau cinamon nih..

Asma mula amal kulit kayu manis dengan tumbuk sampai lumat.sampai jadi halus..

setiap malam asma akan gosok pada wajah dengan air..

bagi keluar sel2 mati pada muka..

sebab asma selalu ada masalah JERAWAT..

Tapi kena tahan mula2 memang rasa gatal ! pedih ! 

Tapi tiada kesan sampingan INSYALLAH..

Dan ALHAMDULILLAH masalah jerawat semakin baik.

Boleh jugak kalau nak amalkan dengan penggunaan bedak sejuk ..

-Ambil bedak sejuk..campur sedikit serbuk kayu manis dan air..

-Ratakan pada wajah..

-Biar selama beberapa jam dan bilas..


untuk yang nak masukkan dalam masakan un boleh..

macam2 resepi boleh kita dapatkan dengan menggunakan serbuk kayu manis even dengan membancuh secawan kopi o pun kta boleh campur sedikit serbuk kayu manis..

Aroma dia.. peehh...

HILANG STRESSSS..

cubalah bukan mahal pun kulit kayu manis..

Ni pulak campur dengan madu..asma pernah buat jugak jadikan mask..


ok sampai sini dulu.

INSYALLAH nanti ada masa asma update entry bab petua lagi tau..

SELAMAT MENCUBA..

#tulis panjang2 pun nanti penat nak baca..hiih