Wednesday 9 October 2019

Cameron Highland / Kea Farm / Hotel



Hai semuaa.
Jom sambung jalan jalan CH.

kalau belum baca part 1 sila baca ya..
.
.
.
.

Tempat kedua yang asma jenjalan, KEA FARM 
Yang best nya CH nih semua tempat2 best tepi tepi jalan jer kebanyakannya.
Tak susah nak cari lah.

Macam KEA FARM nih memang korang akan jumpa masa nak naik lagi keatas
Masa asma First day hari Khamis so belum pack sangat tempat dia/
Orang tak terlalu ramai lah.

Hari kedua sebelum balik asma singgah lagi,masa tu memang ramai dan meriah.
Peniaga pun kelam kabut buat harga runtuh. 
Best lah jugak kan. Meriah,

Image result for kea farm

Seronok jalan jalan sepanjang kedai kedai yang ada.
Kebanyakannya memang penuh dengan buah dan sayur segar segar.
Asma macam biasa cari Strawberry dulu !

Image may contain: 1 person, standing

Rambang mata tengok buah, siap ada jual ais Malaysia lagi.
Sedap weh sebab pure Stoberi ! i Like .

Menggigil jugak lah, dah la sejuk kau gatal gigit eskrem !
Bijak Bijak.

Image may contain: fruit and food

Fresh nih.
Asma tapaau nak makan malam.

Masa First day memang tak beli banyak sebab memang plan masa nak turun balik baru beli belah sakan gituh plan dia. Sebab kalau beli banyak2 pun kau nak hangkot masuk bilik Hotel kah.
hihi.

Image result for kea farm

Macam macam hado.

Image result for kea farm

KEA GUEST HOUSE 

Haa yang ni cantik sangat, boleh jalan jalan area sini boleh ambik gambar cantik cantik kat sini.
Sini mahal sikit hotelnya, tempat elok kan. Ada rezeki lebih boleh try kot stay sini.

Related image

KEA MINI HOTEL

Alahai comel gila, memang kecik weh ada tilam muat2 je, Tak silap asma ada tv dalam nih.
Tapi sesuai untuk yang backpacker or jenis travel sorang ke,

Lepas dah penat jalan sana sini sinun, Kami pun masuk hotel
Cerita bab hotel, Alhamdulillah selesa dan murah jugak masa Zaid cari kat AGODA tu.
Yang best walaupun murah bawah Rm 100 je tetap disediakan sarapan pagi tau.

Kira ok lah bagi HOTEL BUDGET.

Image may contain: 1 person

HOTEL DOUBLE STARS
BRINCHANG

Hotel nih tengah2 antara ke bawah dan ke atas untuk naik ke Tanah Rata, so bagi asma tempat ni strategik jugak lah, Malam2 pun meriah ada kedai makan dan dekat je dengan pekan dia.
Malam tu kami keluar jalan kaki ja cari makan.

Image may contain: Asma Suhaimi, standing

Banyak kedai makan kat area hotel,
Malam tu kami jalan cari kedai serbaneka, cari buger dan makanan ringan 
sebab perut lapar sangat sejuk.

Tak sempat sejam lapar balik. HAHA.

Keesokannya terus claim sarapan pagi kat hotel sebelum keluar sambung jalan jalan.

Image may contain: food

Berbaloi.
Makanan semua sedap.
Layanan staf semua baik baik.

Kita sambung next entry okeh
Entry seterusnya banyak bunga bunga
best tau !

Stay tune !

Tq korang dah baca sampai habis
Love love love korang semua

Jangan lupa follow Fb dan Insta asma
@asmasuhaimi



No comments: